Terbaru, kecoh di media sosial mengenai bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan iaitu Dr Erin ada memuat naik status meluahkan rasa kecewa apabila netizen menyenaraikan bekas suaminya antara lelaki curang.

Bagaimanapun, susulan perkongsian itu ada yang mendakwa Dr Erin gila talak dan mahu menarik perhatian bekas suaminya semula.

Hanya menyantuni bekas suami

Walau bagaimanapun, Erin menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan yang dia hanya menyantuni bekas suami dan keluarga ipar.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, Erin turut mendedahkan yang dia masih memberi nafkah kepada bekas suami meskipun sudah bercerai.

Ada yang kata saya nak tarik perhatian baliklah, tunjuk baik nak get backlah, gila talak. Hello, nak habaq mai dekat sini, saya bukan berbuat baik pada bekas suami saya si Farhan saja ya.

Pada kesemua bekas suami saya tetap saya layan baik dan santuni mereka. Dah cerai pun saya masih beri nafkah pada bekas suami saya bila dia perlu duit.

Dalam masa yang sama, Erin turut memuat naik bukti perbualannya bersama bekas suaminya sebelum Da’i Farhan yang meminta wang dan bantuan daripadanya.

[fbcomments]