Di China, ada Gunung Pelangi yang disebutkan di dalam Al-Quran. Ini beberapa fakta yang perlu anda tahu soal gunung ini.
Rainbow Mountain atau Gunung Pelangi, itulah keajaiban alam yang berada di dalam wilayah Zhangye-Danxia Geological Park. Bukan sembarang gunung, sesuai dengan namanya gunung ini mempunyai garis-garis berwarna-warni yang serupa pelangi.
Surah Al Fathir 27 – Gunung Berwarna Warni
Seperti halnya Surat Ar Rahman 19-20 yang menyebutkan fenomena alam berupa pertemuan dua lautan yang tidak bercampur; ternyata fenomena gunung berwarna-warni yang difirmankan Allah dalam Surat Al Fahir 27, pun benar dan ternyata ada.
Al Quran sudah nyatakan terlebih dahulu
Al-Quran telah menginformasikan fenomena alam tersebut sejak berabad yang lalu.
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ
“Tidakkah engkau melihat bahwa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya.Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang BERANEKA MACAM WARNANYA dan ada (pula) yang hitam pekat.”
(QS. Fathir 27)
Tiada hidupan disitu termasuk tumbuhan dan haiwan
Bukit dan lembahnya terdiri dari lapisan warna merah, biru, hijau zamrud, coklat, dan kuning. Difahamkan, di situ juga tidak ditemui tumbuhan atau haiwan apapun kerana keadaan tanahnya yang tandus.
Menurut Telegraph, warna-warni gunung yang menakjubkan tersebut berasal dari batuan pasir merah dan mineral yang terbentuk sejak berpuluh juta tahun lalu.
Menghasilkan warna yang berbeza
Gunung ini akan menghasilkan warna yang berbeza-beza bergantung pada keadaan cuaca dan pencahayaan matahari. Warna-warni gunung ini akan semakin kelihatan jika turun hujan pada hari sebelumnya.
SubhanAllah. Indahnya ciptaanMu.