Kali ini, seorang doktor dikenali sebagai Zila Ali telah menceritakan pengalaman berharganya apabila menerima surat penghargaan daripada anak-anak tahfiz yang dikuarantin.
Lebih menyebakkan apabila mereka turut memberikan not RM5.00 kepada doktor atas rasa terima kasih kerana menjaga dan merawat mereka dengan baik sepanjang dikuarantin.
Menurut beliau, anak-anak tahfiz ini begitu berdisiplin kerana tetap membaca al-Quran serta solat berjemaah walaupun berada dalam keadaan serba tidak selesa di dalam dewan dihuni 24 orang.
Mereka bukan sahaja menyediakan jadual waktu solat, malahan selipar dan kasut disusun dengan begitu tertib.
Malah mereka juga sentiasa mendoakan doktor dan petugas kesihatan yang lain agar sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik dalam kehidupan.