“Sumandak saya yang saya sayang, mungkin kamu terpisah oleh dua agama yang berbeza tapi sedikit pun tidak akan meretakkan hubungan dan ikatan persaudaraan dan paling penting kasih sayang seorang ibu ini tidak akan berubah walau macam mana pun.”
Demikian status yang dimuat naik oleh seorang ibu yang menyatakan walaupun anak gadisnya sudah memeIuk lslam, hubungan kekeluargaan tetap utuh serta tidak akan putus hanya kerana faktor perbezaan agama.
Malah khabar gembira tersebut diluahkan sendiri oleh wanita terbabit yang dikenali sebagai Anty KiIin menerusi Facebook miliknya.
Hubungan sejati antara ibu dan anak tidak boleh dipisahkan oleh agama dan terbukti apabila seorang ibu merestui keputusan anaknya yang beragama Kristian memeIuk lslam dengan penuh kasih sayang.
“Sama ada kau Muslim atau Kristian, asal kamu adalah dari rahim yang sama, susu gantung yang sama (susu ibu), keluar dari tempat yang sama, pendek kata ibulah syurga pertama kamu dan jangan sesekali saling bermusuh atau memburukkan antara satu sama lain.
Hormati dia sebagai kakak dan dia akan menghormati kau sebagai adik. Restu dan doa ibu untuk anak, akan sentiasa bersama kamu walau di mana pun kamu berada, dalam situasi kamu macam mana.”
Dalam pada itu, KiIin berkata, dia merestui malah sentiasa mendoakan pilihan anak-anaknya untuk menganuti agama yang mereka mahu dan selesa.
“Anak sulung, saat dia memilih untuk memeIuk lslam, saya telah
memberikan restu seikhlasnya dan meminta bakal suaminya untuk menjadikannya sebaik baik wanita Muslimah.Anak kedua saya pula berkata,
“Mami… saya mahu masuk sekolah Al Kitab. Saya mahu memberikan tumpuan pada Gereja supaya saya boleh mendoakan semua orang…”Apa lagi yang saya boleh katakan selain daripada memberikan restu
kepada apa yang mereka sudah pilih. Anak-anak saya memang sangat terbaik walaupun saya bukanlah ibu yang terbaik” .