“Saya tidak marah tetapi saya berharap perkara sedemikian tidak akan berulang lagi. Pihak berkenaan perlu memeriksa berulang kali sebelum mengirim surat kepada pelanggan,” kata Nabilah Shani, 26, merujuk kepada kesilapan ejaan namanya pada sepucuk surat.
Nabilah berkata, surat berkenaan diterima daripada sebuah bank dan terkejut melihat nama sebenarnya bertukar kepada nama ‘Babilah Shani’.
Pertama kali baca surat itu memang terkejut, saya baca banyak kali, ‘babilah, babilah?? terus saya sendiri pun gelak kerana nama sebenar saya Nabilah.
Mungkin huruf ‘B’ dan ‘N’ berdekatan pada ‘keyboard’. Jadi saya tak ambil serius perkara ini.
Kata surirumah ini, setelah melihat kesilapan ejaan itu, dia memuat naik di Facebook miliknya serta ‘tag’ Facebook bank tersebut.
Pihak bank telah menghubunginya dan mengakui kesilapan selain turut meminta maaf. Pihaknya juga akan menyiasat dan memperbetulkan kesilapan itu.