Baru-baru ni NASA umumkan yang mereka ingin menambah keanggotaan dalam jabatan angkasawan yang kini memiliki 48 anggota.


Dilaporkan gaji angkasawan mampu mencecah sehingga RM200,000 ke RM300,000 sebulan…bayangkan 5 bulan kat bulan, balik jadi jutawan!

Sebenarnya pencarian ini merupakan sabahagian plan NASA dalam usaha mereka untuk memperluaskan misi ruang angkasa pada masa akan datang.

Permohonan ini dibuka 2 Mac 2020 bagi mencari kumpulan angkasawan pada pertengahan tahun 2021. Permohonan dibuka bermula 2 Mac 2020.


Antara syarat-syarat yang dimahukan NASA :

Anda perlu mempunyai ijazah Sarjana dalam sains, kejuruteraan atau matematik (STEM) atau dengan menjadi juruterbang pelatih – salah satu jalan yang sering menjadi pilihan ramai. Ijazah perubatan – atau dalam perubatan osteopatik – juga digalakkan untuk memohon.

Calon juga memerlukan pengalaman profesional sekurang-kurangnya dua tahun, atau, jika beliau adalah bekas juruterbang, beliau memerlukan 1,000 jam masa penerbangan untuk memohon.

Dan, buat pertama kalinya, calon akan diminta untuk menyelesaikan ujian atas talian selama dua jam.

Prosesnya dilaporkan sangat teliti dan memerlukan mental yang tinggi. Bayangkan, Januari lalu hanya 11 orang yang lulus manakala 18,000 orang lagi  gagal.

[fbcomments]