Penyanyi veteran popular Datuk Hattan, 56, mencadangkan Allahyarham Abam Bocey dijadikan ikon untuk golongan remaja serta msyarakat.
Hattan berkata, cadangan itu difikirkan selepas melihat perkara positif dilakukan Abam ketika hayatnya.
Terlalu banyak kebaikan dilakukan semasa hayatnya
“Benar Abam sudah tiada, tapi tak salah jika kita angkat dia sebagai ikon kerana tak banyak artis yang sehebatnya. Bayangkan, budak sekolah berusia 10 tahun boleh menangis teresak-esak apabila mendapat berita dia meninggal dunia.”
“Abam sangat merendah diri dan tak banyak cakap, tapi dia tunjukkan teladan yang baik kepada kita semua. Ambil contoh, seorang wanita bersama anaknya sanggup datang menziarahi kubur Abam walaupun sudah malam kerana mengenangkan budi arwah yang tampung persek0oahan anaknya.”
Tidak pernah menghebohkan setiap kebaikan dilakukan
“Bukankah semua benda yang dibuatnya itu amaIan mulia dan dituntut dalam Islam? Dia juga menjaga ibunya, adik-beradik dan orang lain. Apa salahnya dia dijadikan contoh. Sekurang-kurangnya kerajaan atau mana-mana pihak harus buat sesuatu bagi mengenang jasanya.”
“Saya akui apa yang berlaku memang dahsyat. Malah penceramah, Imam Muda Hassan pun kata kematiannya dalam ‘khusnul khatimah’.
Dijadikan ikon kepada golongan muda
Menurut Hattan, dia orang paling gembira sekiranya cadangan ini diterima dan menjadi kenyataan.
“Kita boleh jadikan dia ikon untuk anak-anak muda yang sudah menyimpang supaya mencontohi kebaikan yang dilakukannya.“
“Abam seorang artis popular tapi tengoklah bagaimana cara pembawakan dia sehingga disukai ramai.”
Hattan turut mencadangkan supaya dihasilkan produk jualan seperti baju jenama Abam dan pendapatannya boleh dimnfaatkan banyak pihak.
“Keuntungan daripada jualan ini boleh digunakan untuk keluarga Abam serta untuk terus bantu mereka yang pernah dibantu Abam terutamanya anak-anak yatim dan golongan miskin. Kalau ada pihak nak wujudkan Yayasan Abam pun boleh juga. Tujuannya untuk bantu semua pihak yang memerlukan. Mungkin Abam tak belajar tinggi, tapi dia berjaya dalam hidupnya.”