Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pasangan ini telah membuktikan tiada perkara yang mustahil tanpa usaha dimana mereka telah berjaya menunaikan hajat merentas 25 negara dan berjalan sejauh 27,000 kilometer dengan menggunakan sebuah “moto kapcai” sahaja.

Perjalanan mereka bermula dari Klang, Selangor dan berakhir di kota popular London, United Kingdom.

Perjalanan yang memakan masa selama 5 bulan itu merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Malah kita pun dengar macam tak masuk akal je kan, tapi itu lah realitinya.

Siapa sangka, hanya dengan menggunakan moto kapcai je mereka berjaya menamatkan misi. Motosikal yang digunakan ialah Honda RS150R Repsol Edition.

Apa yang memeranjatkan lagi ialah apabila Alfishahrin memberitahu bahawa dia nekad berhenti kerja demi misi ini. Kalau korang sanggup tak?

Gambar pada hari pertama misi Ride To London.
Depan rumahku bersama ayah,emak dan kakakku.
Mampukah aku selesaikan misi ini?
Mampukah aku harungi segala dugaan dan cabaran yang bakal dihadapi?
Mampukah aku hadapi dunia luar yang pelbagai ragam?
Macam-macam bermain di kotak fikiranku.
Idea gila dari seorang Mat Rempit macam aku ni.
Kalau tak cuba mana nak tahu kan?

Aku nekad berhenti kerja.
Rezeki kerja insya-Allah ada, tapi peluang macam ni belum tentu boleh dapat lagi.
Tanpa fikir panjang, aku sahut cabaran misi ini.
Misi yang datang dari idea gila sendiri.

Alhamdulillah, selepas 146 hari berkelana di bumi Tuhan,
berjumpa bermacam-macam jenis orang,
melalui pelbagai jenis muka bumi,
merasai bermacam jenis suhu dan jenis cuaca,
menghadapi pelbagai jenis cabaran,
aku dan isteriku berjaya berpijak di bumi United Kingdom.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa kalian semua…”

Jom layan gambar-gambar pasangan ini semasa merentasi beberapa buah negara:

1. India

2. Pakistan

3. Iran

4. Armenia

5. Turki

6. Greece

7. Bosnia and Herzegovina

8. Croatia

9. Itali

10. Switzerland

11. Perancis

Salute lah pada pasangan suami isteri ni! Bukan semua orang boleh buat macam dorang ni. Memang jiwa kental. Korang pula macam mana?

[fbcomments]