Pemohon boleh membuat rayuan bagi pertimbangan semula Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Beliau berkata kerajaan menerima aduan antara permohonan BPN yang ditolak adalah daripada pemohon yang telah kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan yang ketara baru-baru ini.
Rayuan boleh dibuat melalui e-mel kepada LHDN (rayuanbpn@hasil.gov.my) atau hadir di mana-mana pejabat LHDN.
Bagi permohonan yang ditolak atas alasan lain termasuk pemohon/pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM, mereka boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BPN dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://bpn.hasil.gov.my.