Tindakan seorang pemandu wanita melanggar dua pemuda kerana berada di bawah pengaruh alkohol membawa padah apabila kenderaannya dibakar penduduk.
Kejadian di Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor berlaku sekitar jam 9.30 malam, semalam.
Bakar kereta pemandu mabuk
“Orang kampung geram bakar terus kereta pemandu mabuk. Aku yang baru lalu dekat situ terpaksa telefon bomba sebab api sudah marak menjulang-julang.”
Sementara itu, seorang penduduk kampung yang juga abang kepada kedua-dua mangsa memaklumkan insiden berlaku dengan sangat pantas.
Hanniff Roslan,29, berkata adiknya mengalami kecederaan patah kaki dan sedang menerima rawatan di Hospital Sebarang Jaya.
“Mereka (Muhammad Azri dan Muhammad Asri) menaiki motosikal seorang satu pergi beli burger. Mereka dah balik rumah hantar yang kat rumah lepas tu mereka pergi hantar pula burger yang dipesan orang dalam kampung.
“Lalu kot (ikut) depan Masjid Ara Kuda, tiba-tiba kereta mari masuk jalan mereka langgar terus.”
Pemandu tidak diapa-apakan
Terdahulu, Hanniff mengakui penduduk kampung begitu marah dengan sikap wanita itu yang memandu dalam keadaan mabuk.
Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak diapa-apakan penduduk walaupun telah bertindak membakar kenderaan dinaikinya bagi melepaskan kemarahan.
Polis mengesahkan menerima laporan tentang kejadian namun, enggan mengulas lanjut.