Walaupun sambutan Syawal tahun ini mungkin suram akibat wabak Covid-19, tetapi orang ramai tetap mahu meraikan bulan kemenangan itu dengan membeli-belah busana raya untuk digayakan tidak lama lagi.
Selepas perniagaan Ustaz Ebit Lew dan Adam Corrie meraih sokongan netizen, kini jualan koleksi pakaian oleh pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Azman pula mendapat sambutan menggalakkan.
Menerusi laman Instagram, pemilik nama Azman Syah Alias itu meluahkan rasa syukur apabila kurta jenama miliknya habis dibeli oleh pelanggan.