fbpx

Kisah rumah tangga PU Abu, sekali lagi menjadi bualan netizen selepas isterinya, Hana Azraa mendedahkan pendakwah tersebut telah berkelakuan curang lagi dan turut mendedahkan beberapa foto seorang wanita yang didakwa sebagai skandal terbaru suaminya.

Walau bagaimanapun, PU Abu menafikan dakwaan tersebut dan dia mengatakan itu hanya lah spekulasi semata-mata.

Jodoh kami tak lama

Tapi Hana pula ada memberitahu bahawa dia dan suami sudah sepakat untuk membawa haluan masing-masing dan mereka kini dalam proses bercerai kerana tidak ada lagi persefahaman antara satu sama lain.

“Berkaitan hubungan di hujung tanduk, apa yang boleh saya cakap ialah kami bagi kedua belah pihak sudah sepakat nak bawa haluan masing-masing”

“Dah tak boleh nak diteruskan lagi kot dan lebih baik bawa haluan sendiri. Jodoh kami tak lama, sebab dah tak ada persefahaman.”

Sudah jemu dan muak

Hana yang baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki pada 1 Februari lalu mengakui bahawa dia sudah mula jemu dan muak terhadap PU Abu.

Malah dia tidak sedikitpun terkesan dengan segala kata-kata yang dikeluarkan dan penghinaan terhadap dirinya konon itu merupakan kifarah buatnya kerana telah merampas kebahagian orang lain sebelum ini.

Memang tak dinafikan, sebelum ini ramai orang cakap macam itu kifarah sebagai balasan ambil hak orang lain. Tapi, biarlah sebab mereka tidak berada di tempat saya. Mereka  tidak tahu apa yang saya lalui dan hadap selama ini.

[fbcomments]