Pernahkah anda mendengar tentang air rendaman kurma atau juga dikenali sebagai ‘Air Nabeez’?
Mampu tahan kenyang di bulan Ramadan
Air Nabeez bukanlah resepi baru, namun masih ramai yang belum mengamalkan air sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Air ini merupakan tonik alkali yang dapat menghilangkan keasidan daripada tubuh badan.
Air ini juga meningkatkan penghadaman yang baik kerana bahan-bahan yang digunakan mempunyai serat larut yang tinggi.
Sempena bulan Ramadan ini, kami kongsikan resepi dan khasiat yang mungkin ramai tak tahu. Apa kata jadikan minuman ini sebagai minuman wajib harian korang.
Resepi mudah air Nabeez
Cara-caranya:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.