Cristiano Ronaldo nama yang tidak asing lagi dalam bola sepak dunia. Terbaru telah tular gambar beliau dan rakan sepasukannya dari Juventus memakai jersi dan nama yang ditulis dalam tulisan jawi.

Ia mula dipakai ketika perlawanan akhir Piala Super Itali 2019 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

Jersi tersebut kini sudah mula dijual di Store Rasmi Kelab Juventus untuk peminat mereka memilikinya, namun dikatakan jersi yang mempunyai nama Cristiano Ronaldo sudah habis dijual.

Kelab bola sepak terkenal, Juventus pun turut berbangga dengan tulisan jawi tapi apa yang terjadi di Malaysia sebaliknya…

Ronaldo jadi player bola gaji berjuta2 Pakai baju tulisan jawi… Puak sana gaji baru cap ayam mgaku agama islam,Tolak tulisan Jawi… Malu lah kat ronaldo yg bukan islam boleh pakai baju tulisan jawi…

Posted by Mohd Zulkarnain Mohammed Nor on Selasa, 24 Disember 2019

Cristiano Ronaldo pun pakai jersi tulisan Jawi.Kat Tanah Melayu, ada orang yang hina benci Jawi

Posted by Adolf on Selasa, 24 Disember 2019

[fbcomments]