fbpx

Tindakan adik Allahyarham Abam iaitu Ali Puteg memuat naik status berbaur hinaan terhadap balu abangnya, Hidayah Mohd Ali telah menimbulkan kemarahan netizen.

Difahamkan Ali buat status tu selepas melihat video yang dimuat naik oleh Aliff Syukri yang telah bertanyakan soal harta peninggalan Abam.

Apa yang Dato Aliff tanya?

Antara soalan yang diajukan Aliff dan pembantunya kepada balu Abam ialah:

“Sebelum ini Hidayah suri rumah dan apa perancangan selepas ini?

“Selepas ini saya uruskan bisnes bapa saya”, jawab Hidayah.

“Saya dengar kereta akk kena tarik bagaimana akk nak uruskan bisnes tu? Boleh akak ceritakan sikit?”

“Haritu saya nak bawa anak pergi klinik kerana anak saya demam, saya minta kunci kereta tapi pihak sana tak bagi..”jawab Hidayah.

“Khabarnya arwah seorang yang sering bersedekah, bagaimana dari segi harta wasiatnya?”

“Saya tak tahu belah sana uruskan, sekarang saya tiada apa-apa.Saya cuma fikir nak besarkan anak sahaja”

Pendedahan kenyataan tersebut telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak yang beranggapan nasib isteri dan anak Allahyarhan tidak terbela.

Balu arwah berhati binatang

Dan tiba-tiba Ali pula telah menaik status di media sosial “bila balu arwah Abam berhati binatang”. Secara tidak langsung, perkara ini telah menimbulkan lagi kemarahan. Walau bagaimanapun, akhirnya Ali telah memadam semula status itu setelah menerima kecaman dan nasihat daripada rakan artis.

Ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan Ali yang telah menghina balu abang kandungnya sendiri. Walaupun ada masalah dalaman, tidak perlu sampai menghina.

Lepas idah baru fikir

Jika ditengok pada video tersebut, balu Allahyarhama ada kata lepas idah baru nak fikir pasal cari rezeki dan sara anak. Tiada pula balu Allahyarham jawab lebih-lebih pasal harta pusaka.

Malah si balu pun lebih banyak berdiam, bila ditanya berulang kali baru dijawab.

Tapi apa yang balu Allahyarham cakap ialah kunci kereta dan dompet arwah disimpan oleh keluarga belah sana (keluarga Abam).

Isteri dan anak ada hak

Bab harta pusaka jangan buat main. Ramai yang gelap mata sampai sanggup putus ikatan saudara.

Tapi mungkin ada sebab kenapa keluarga arwah buat begitu. Masih terlalu awal untuk kita cakap. Apa-apa kita tunggu sahaja kenyataan dari pihak keluarga.

Dan mungkin Dato Alif pun tak perlu bertanya soal harta pusaka itu terlebih dalam dan buat live pula tu kerana arwah baru je meninggal. Proses pembahagian mengambil masa. Buat Ali Puteh, jika marah sekali pun tak perlu sampai menghina.

Walau bagaimanapun, sama-sama kita doakan agar masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Jaga amanah Allah dengan baik.

[fbcomments]