Sudah menghampiri sebulan Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan bagi menbendung penularan wabak Covid-19.
Masyarakat yang berpendapat rendah mengalami sedikit masalah kerana wang simpanan semakin berkurang kerana tidak dapat bekerja terutama mereka yang bergaji hari.
Agaknya mereka pecah tabung pergi kedai
Perkara tersebut turut dirasai oleh warga asing yang bekerja sebagai buruh di negara kita. Mereka yang memperoleh gaji hari terpaksa mengikat perut bagi memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang PKP.
Seorang pengusaha kedai telah menceritakan detik hiba apabila terdapat sekumpulan warga Bangladesh yang datang ke kedainya dengan membawa sejumlah duit syiling yang dikumpul bersama.
Majikan kena bantu juga
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa sebak diatas apa yang berlaku terhadap mereka.
Walaupun sedar bahawa mereka mempunyai majikan dan kedutaan dalam meminta bantuan, namun ada juga sesetengah yang tidak tahu saluran yang betul dan cepat bagi mendapatkan wang untuk mengisi perut masing-masing.
Allahuakhbar, walaupun berlainan warganegara namun mereka juga saudara seagama kita yang wajib kita bantu jika berkemampuan. Pernah tak anda terfikir jika kita di tempat mereka?