Usahawan jamu terkenal, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi momen istimewa menghadiahkan rumah kepada anak-anaknya.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Kak KM bersama suami dan anaknya dilihat memasuki sebuah rumah yang sudah lengkap dihias dan sedia untuk didiami.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZS63QuE4F/
Kak KM Hadiahkan Rumah Untuk Anak Ketiga
Rumah tersebut merupakan kediaman milik anak ketiganya, Rania, selepas Kak KM sebelum ini menghadiahkan rumah kepada anak sulung dan keduanya, Nabila dan Faris.
Bagaimanapun, anak bongsunya, Cinta Carissa, belum menerima rumah kerana masih kecil.
“Alhamdulillah, semua dah ada rumah sendiri kecuali Cinta,” katanya.
Menurut Kak KM, menyediakan kediaman untuk anak-anak adalah satu pencapaian yang membanggakan dan rezeki yang sangat disyukurinya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang turut tumpang gembira melihat kejayaan Kak KM dalam memastikan anak-anaknya memiliki tempat tinggal sendiri. Tidak kurang juga yang berseloroh mahu menjadi anak angkatnya kerana kagum dengan kemurahan hatinya.
Terdahulu, Kak KM pernah berkongsi momen membelikan rumah buat anak sulungnya, Nabila, 21, dan anak keduanya, Faris, 19. Dia dan suaminya, Razman Ramli, dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nabila, Faris, Rania, 16, dan Cinta Carissa, 4 tahun.
Kredit: TikTok kakkmsweetdaraofficial