Sekolah Kebangsaan Taman Perling, di sini, mengambil pendekatan berbeza pada musim persekolahan baharu tahun ini apabila memperkenalkan penggunaan sistem imbasan mata bagi merekodkan kehadiran murid, guru dan kakitangan sekolah itu.

Guru Besar sekolah itu Zamri Abd Wahab berkata aplikasi terkini itu digunakan supaya dapat melancarkan pengurusan seharian sekali gus mengurangkan beban kerja guru.

Kami sentiasa terbuka untuk gunakan teknologi terkini selaras dengan pembelajaran abad ke-21

Sekolah ini merupakan sekolah yang pertama di negeri ini menggunakan sistem imbas tersembut dan diharapkan dalam masa yang sama dapat menarik minat murid untuk mendekati atau mempelajari teknologi maklumat (IT).

Data yang direkodkan melalui sistem itu akan terus dimuat naik ke Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), yang bukan sahaja mengandungi rekod kehadiran murid tetapi juga maklumat peribadi mereka.

Semoga sistem yang sama dapat diguna pakai untuk merekod kehadiran ibu bapa serta pelawat bagi meningkatkan lagi aspek keselamatan untuk akan datang.

[fbcomments]