fbpx

Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk menyekat kemasukan rakyat China ke negeri itu berkuatkuasa serta-merta bagi mengekang penularan Novel Koronavirus ke negeri berkenaan.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Bukan Wuhan je tapi seluruh warga China

“Penyakit tidak hanya di Hubei, sekarang telah merebak di tempat lain di negara China. Bermakna kita terpaksa membuat keputusan seperti tempat lain untuk tidak membenarkan mereka untuk datang ke Sarawak ketika ini.”

Untuk rekod sebanyak lapan kes disyaki Koronavirus dikesan di Sarawak, namun enam daripadanya disahkan negatif manakala dua lagi masih tunggu laporan ujian makmal.

Mengulas mengenai nasib rakyat Sarawak yang berada di China, kerajaan negeri sedang berusaha untuk bawa mereka pulang.

“Mereka akan ditempatkan di satu tempat kuarantin jabatan kesihatan telah kenal pasti satu tempat bangunan yang akan kita gunakan sebagai tempat kuarantin.”


[fbcomments]