Sebelum ini rakyat Malaysia dikejutkan berita bekalan roti Gardenia habis di pasaran dan terhenti seketika pengeluarannya. Ekoran pembelian panik, ramai yang dikatakan membuat pembelian secara pukal tanpa meninggalkan sedikit pun kepada orang lain.
Walaupun syarikat roti seperti Gardenia telah mengeluarkan roti pada kadar maksimum, ia dikatakan begitu laku keras kerana orang ramai terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan ketika ini.
Sikap tamak akhirnya membazir…
Di Twitter, seorang pemuda berkongsikan beberapa keping gambar yang mengambarkan beberapa buku roti keping Gardenia yang menjadi rebutan ini, akhirnya terdapar di dalam tong sampah!