Sejak minggu lepas hangat diperkatakan mengenai seorang usahawan kosmetik yang didakwa telah mendera anak angkatnya berusia 2 tahun. Ramai yang mendakwa bahawa usahawan kosmetik yang dikatakan itu ialah Datuk Seri Aliff Syukri.
Dia didakwa telah memukul anak angkatnya dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit hingga meninggalkan kesan di badan hanya kerana mangsa telah menangis ketika Aliff Syukri ni tengah sibuk merakam video untuk kandungan YouTube miliknya.
BACA DISINI : Usahawan Kosmetik Terkenal Didakwa Mendera Anak Angkat, Cubit Dan Puk
“Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan”
Walaupun isu ini dilihat semakin tular di media sosial, namun isteri kepada usahawan ini dilihat tidak sedikit pun mengeluarkan kenyataan berhubung perkara yang terjadi terhadap suaminya.
Malah Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengatakan dia menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk menyiasat.
Jelasnya lagi, jika betul dakwaan bahawa suaminya dikaitkan dengan kejadian memukul anak angkat mereka, dia membiarkan pihak polis ambil tindakan terhadap perlakuan itu dan tidak mahu merumitkan lagi keadaan.
“Saya tidak ada apa nak komen. Biar polis buat kerja mereka.”