Sejak tertularnya video masakan dan pribadi Sugu Pavithra sekeluarga, rakyat Malaysia dilihat sangat tertambat dengan kesederhanaan oleh Youtuber suri rumah ini. Hari demi hari, rezeki suri rumah ini datang bagaikan tidak putus-putus. Bahkan baru-baru ini, Sugu Pavithra dan suami  dikhabarkan akan berpindah ke rumah yang lebih selesa.

Minta bayaran RM10,000 per jam

Namun terdapat satu isu kurang menyenangkan dimana terdapat pengendali program masakan di televisyen mendakwa, Youtuber itu dikatakan telah letak harga bayaran yang tinggi sehingga mencecah RM10,000 bagi program masakan selama satu jam.

Bayaran yang diminta tersebut dikatakan setaraf dengan cef selebriter terkenal iaitu Datuk Datuk Redzuawan Ismail atau mesra dikenali sebagai Chef Wan.

Sugu Pavithra beri keterangan, tak nak masuk TV

Walau bagaimanapun, menurut kenyataan pasagan ini, sebenarnya mereka memang nak tolak rancangan masakan di televisyen. Bahkan, mereka kini tidak henti-hent menerima permintaan daripada orang ramai untuk ditemubual dan membuat program masakan.

Jadual kami memang padat. Kami tidak mempunyai masa yang banyak selain perlu menguruskan keluarga. Jadi, apabila pihak berkenaan seperti mendesak mahu kami lakukan, saya terus cakap harga sebegitu. Walhal, sebolehnya, kami tidak mahu terlibat dengan program di televisyen.

Tak mahu keluar di televisyen. Kalau boleh biarlah kami fokus dengan video masakan untuk dimuat naik di YouTube sahaja, cukuplah. Kami pun perlu hasilkan video setiap hari untuk channel kami, memang tak cukup masa.


[fbcomments]