Sejak kebelakangan ni, sering kita dengar kisah kemalangan maut yang melibatkan rider penghantar makanan.
Terkini, tular lagi satu kes yang membabitkan rider Grab Food meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori pasir di persimpangan masuk Manjalara.
Mangsa langgar lari
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Badrul Hisham bin Mohd Saufi pada awalnya difahamkan terbabit dengan kes langgar lari sebuah lori ketika sedang dalam perjalanan menghantar tempahan kepada pelanggan.
Berpuluh runner datang
Kehadiran puluhan rakan Allahyarham di tempat kejadian meninggalkan rasa sebak kerana masing-masing menghulurkan bantuan bagi memastikan jenazah Badrul Hisham diuruskan sebaiknya sebelum ketibaan ambulans.
Perkongsian tersebut dibuat oleh keluarga Allahyarham sendiri menerusi akaun Instagram dan turut menjelaskan ianya bukan kes langgar lari.
Bukan kes langgar lari. Maafkan kami atas assumption terawal.. harap tiada kekeliruan.. doakan kami tabah
Bakal bergelar bapa
Apa yang lebih menyedihkan, mangsa bakal bergelar bapa. Difahamkan mangsa sangat teruja untuk menghantar isterinya melakukan pemeriksaan kandungan serta membeli barangan keperluan untuk bayi yang bakal lahir tidak lama lagi.
Perginya pada hari Jumaat semasa sedang mencari rezeki untuk isteri dan anak yang bakal lahir.. excited nak bawa isteri pergi checkup dan beli keperluan baby.. tapi Allah lebih mengetahui.. lagi 4 hari nak sambut hari jadi bertukar menjadi majlis tahlil untukmu Badrul..
Menurut ibu Allahyarham, anaknya itu bakal menyambut ulangtahun kelahirannya tidak lama je lagi.