Gunung berapi Taal di selatan ibu kota Filipina yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Manila meletus sebelum disertai dengan bunyi dan gegaran sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang ramai.
Ketua Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina, Renato Solidum, berkata keadaan itu memungkinkan gunung berapi terbabit meletup dalam tempoh beberapa hari hingga minggu jika pergerakan magma berterusan.
Kali terakhir Taal meletup ialah pada 1977, katanya.
Gumpalan debu setinggi satu kilometer dapat dilihat dengan jelas manakala beberapa gegaran dirasakan dalam lingkungan kawasan gunung berapi yang popular dalam kalangan pelancong berikutan pemandangan menariknya.
Pejabat bencana tempatan melaporkan, lebih 2,000 penduduk di kepulauan gunung berapi itu sudah dipindahkan.
Ini pula gambar yang diambil diatas pesawat :
Kedutaan Malaysia di Filipina turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di sana supaya mengambil langkah persediaan awal dan menjauhi kawasan letusan gunung berapi Taal.
Kedutaan Malaysia di Manila menerusi Twitter rasminya memaklumkan individu terjejas dan memerlukan bantuan boleh menghubungi pegawai kedutaan bertugas menerusi talian +639178640761 atau emel kepadaย mwmanila@kln.gov.my.
Kami mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja.