fbpx

Jika kita berasa susah, tetapi sebenarnya ada lagi insan yang lebih susah daripada kita. Namun, bagi kakak tin ini, itu tidak bermakna dia hanya mahu duduk goyang kaki sahaja dengan mengharapkan bantuan dan ihsan orang ramai semata-mata.

Cerita kakak tin ini dikongsikan sendiri oleh salah seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) bagi organisasi bantuan kemanusian, Malaysia Relief Agency di Johor.

Dua beranak kutip tin

Petugas yang dikenali dengan nama Shamsiah Shaaban berkata, semasa dalam perjalanan pulang, dia menemui dua beranak yang berada di kawasan awam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Dalam perjalanan pulang semalam, kami terserempak dengan mereka. Maknya tengah kutip tin-tin, botol-botol kosong untuk dijual.

“Dalam musim Covid-19 ni si mak ambil risiko bawa anak untuk keluar mencari tin-tin kosong untuk dijual, ” tulisnya di Facebook.

Terpaksa membawa anak, tiada yang jaga

Dalam pertemuan itu, Shamsiah memberitahu, wanita berkenaan menjelaskan dia terpaksa membawa anaknya bersama kerana tiada siapa yang dapat menjaganya di rumah.

Tambahnya, wanita tersebut turut memaklumkan suaminya telah meninggal dunia.

Nak cari duit beli telur

“Kami berhenti, kami tanya. Jawapan dia ‘Saya nak jual tin-tin ni nak cari duit untuk beli telur. Duit saya tingal RM2 sahaja. Anak pula haus nak air, dah beli air tak dapat beli telur… anak saya nak makan nasi lauk telur’.

“Siapa tak sentap dengar, kami pelawa untuk hantar mereka pulang dan berikan sedikit sumbangan. Anak kecil yang tak mengerti apa-apa, tenang bermain dan ketawa membuatkan kami sebak, ” katanya.

Rumah yang serba kekurangan

Menurut Shamsiah, pihaknya turut berkesempatan berkunjung ke rumah wanita itu bersama anaknya dekat Kluang, Johor.

“Rumah dia agak teruk, tak ada tikar getah, tak ada kipas… tak ada apa. Kita akan bantu dahulu… bersihkan rumah dia, beri keselesaan, ” katanya.

Walaupun menerima bantuan keperluan asas, Shamsiah mendedahkan keperibadian wanita itu yang sanggup berpenat-lelah demi menyara kehidupan bersama anaknya.

[fbcomments]