Tindakan pantas salah seorang pemandu bas perantara MRT dan beberapa pemuda yang memberikan bantuan kecemasan terhadap seorang penduduk di Taman Bangi ketika ditimpa musibah banjir kilat ternyata mendapat pujian masyarakat.
Ia selepas situasi bantuan itu dirakam dan disiarkan menerusi laman sosial Facebook, pada Sabtu lalu.
Paparan video berdurasi lebih 40 minit ini (rujuk minit ke 20) menunjukkan salah seorang penduduk yang terlantar sakit di taman tersebut diusung oleh beberapa pemuda bagi memindahkan mangsa ketika air mula naik di kawasan perumahan berkenaan.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.50 malam dan pemandu bas berkenaan, Izan Shah Samsuddin, 33, secara kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk ke Hab MRT Kajang.
Pada waktu kejadian, Izan melihat beberapa pemuda melambai-lambai ke arah bas yang dipandunya. Melihat kejadian itu, Izan segera memberhentikan bas yang dipandunya dan memberikan bantuan kepada mangsa.
Paras air ketika itu mencecah paras lutut dan kenderaan ringan tidak boleh melalui kawasan berkenaan. Izan Shah yang sudah tiga tahun berkhidmat dengan Rapid Bus Sdn Bhd mengangkat mangsa banjir yang terlantar di atas pengusung…
ke dalam bas serta membawanya ke kawasan selamat sementar menunggu bantuan perubatan tiba.”
Justeru, pihak pengurusan Prasarana memberi ucapan terima kasih terhadap tindakan pantas pemandu tersebut serta beberapa pemuda yang membantu mangsa.
Mengulas hal ini, Izan Shah mengakui bersyukur atas pujian yang diterima. Namun katanya pendudukl yang terlibat dalam kejaidan itu juga banyak membantu dan wajar menerima pujian.
Mereka hero sebenar, bukan saya. Saya cuma lalu di situ secara kebetulan dan memberikan bantuan atas dasar perikemanusiaan. Siapa pun yang ada di tempat saya pasti akan buat benda sama.