fbpx

Susulan daripada video yang tular mengenai seekor gajah betina mengamuk selepas anaknya mati dilanggar oleh sebuah kereta, Jabatan PERHILITAN Negeri Johor telah mengambil tindakan segera mengawal lokasi kejadian.

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Isnin, 31 Ogos 2020

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Isnin, 31 Ogos 2020

Siasatan awal mendapati, anak gajah itu dilanggar kereta dipandu seorang lelaki yang dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi ke Mersing

Pengarah PERHILITAN Johor, Salman Saaban berkata anak gajah dengan berat sekitar 300 kilogram itu dipercayai sebahagian daripada kumpulan beberapa ekor gajah yang dilihat masih berada di sekitar kawasan kejadian.

Walau bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan namun lokasi kejadian adalah kawasan yang diketahui sebagai lokasi gajah melintas iaitu Batu 4 hingga Batu 14, Jalan Kota Tinggi Mersing.

Sebelum ini tahun lalu, seekor gajah juga mati dilanggar di Batu 13 dan seekor lagi pada Mei 2018.

[fbcomments]