Berikutan kempen Stay At Home di seluruh dunia untuk menangani penularan wabak Coronavirus, ramai yang mempunyai masa terluang di rumah.
Namun, ibu bapa tidak boleh terlalu leka dalam mengawasi anak-anak. Baru-baru ini, viral di Twitter tentang sebuah video kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang tergantung pada kabel elektrik yang tingginya 15 meter!
Kejadian tersebut berlaku di Tangerang, Indonesia.
Sedang bermain kabel semasa kabel tu rendah
Menurut laporan dari The Jakarta Post, semasa kabel terbabit masih tergantung rendah, kanak-kanak tersebut telah bermain dan bergayut pada kabel. Jadi, bila kabel tu semakin tinggi, kanak-kanak tu tak berani untuk melepaskan pegangannya.Â
Kanak-kanak itu juga katanya tidak tahu bahawa kabel tersebut sedang dalam proses pemasangan pada ketika itu. Orang kampung yang menyedari kejadian tersebut telah menyusun tilam supaya dia dapat turun dengan selamat. Dia kemudiannya telah dibawa ke hospital untuk rawatan.