fbpx

Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda memandu dibawah pengaruh alkohol telah melanggar 3 penunggang motosikal di Mardi Jalan Kebun, Klang.

Difahamkan salah seorang dari 3 penunggang motosikal telah maut ditempat kejadian. Seorang patah kaki dan seorang lagi mangsa cedera.

Pemandu telah dipukul

Walau bagaimanapun, pemandu tersebut berjaya ditahan dan turut dipukul.

Salah tetap Salah.. Yang Meninggal sapa nak jawab ??.Lokasi: Mardi Jalan Kebun, Klang1 Mangsa Patah Kaki1 Mangsa Cedera 1 Mangsa Meninggal dunia Sumber: Grup wasap

Posted by Autopart Zoomers HQ on Rabu, 22 Januari 2020

Kes pemandu mabuk dah banyak terjadi

Kalau korang perasan, gejala memandu sambil mabuk ni dah biasa terjadi. Ramai yang tidak bersalah telah menjadi mangsa. Terutama bila kes langgar lari.

Apa tindakan kerajaan? Atau hukuman yang di sediakan oleh kerajaan terlalu ringan sangat sebab tu kes seperti ini semakin berleluasa sekarang ni.

Mungkin kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih tegas kepada pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk agar perkara seperti ini tidak berulang lagi. Apa pendapat anda?

[fbcomments]