fbpx

Viral di media sosial video yang memaparkan seorang lelaki ditumbuk dan ditendang oleh pembuli jalan raya hanya kerana tidak berpuas hati dibunyikan hon oleh mangsa di Api-Api Centre , Kota Kinabalu, Sabah.

Kejadian ini dikongsi sendiri oleh isteri mangsa menerusi Facebooknya. Menurut isteri mangsa lagi, dia kecewa dengan sikap pembuli jalan raya berkenaan walaupun suaminya sudah memohon maaf sebelum itu.

Posted by Ivy Lyenn on Ahad, 26 Julai 2020

Posted by Ivy Lyenn on Ahad, 26 Julai 2020

Suspek turut mengancam keluarga mangsa

Menurut isteri mangsa,suspek turut mengancam keluarga husband, (anak-anak, wife) tanpa sebarang kesalahan.

Sekiranya keluarga kami berlaku apa-apa, orang ini yang melakukan!

Saya berharap polis mengambil tindakan. Manusia seperti ini harus pupus dalam dunia. Tiada guna pun hidup lama-lama kalau hormat menghormati tidak tahu menilai.

Kami tidak melakukan seberang bincang luar! Saya tidak berhenti selagi pelaku ini tidak menerima tindakan! Kerana suami saya cedera tanpa seberang kesilapannya! Anak saya trauma dengan kejadian ini!

Hari nii saya btl2 sedihh nmpk viral mcm ni kes suami kena pukul depan ank 12tahun.. Kalau laah masa ni saya berada…

Posted by Ivy Lyenn on Ahad, 26 Julai 2020

Suspek berjaya ditahan

Walau bagaimanapun, penunggang motosikal tersebut telah berjaya ditahan polis pukul 11.30 malam di kawasan rumahnya di Taman Sempelang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, penahanan suspek dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa kejadian.

Mempunyai 16 kes jenayah lampau

Suspek yang merupakan seorang ejen tarik kereta yang lebih dikenali sebagai Lunchai itu mempunyai 16 kes jenayah lampau.

Berdasarkan siasatan awal, Lunchai mempunyai rekod jenayah yang membabitkan dadah, curi dan mendatangkan kecederaan. Malah kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan pada orang lain.

[fbcomments]