Sebelum ini Wak Doyok ada tampil memohon maaf di atas kesilapannya yang menempah cincin berjata Johor. Dia juga kesal atas kesilapan yang tidak disengajakan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

BACA: Wak Doyok Mohon Maaf Salah Guna Lambang Diraja Johor, Sekali Tunku Idris Balas Balik

Tak cukup dengan tu, kini Wak Doyok sekali lagi didakwa tidak menghormati pakaian seragam tentera Amerika Syarikat pula.

Di Instagram, Wak Doyok memuat naik satu foto menunjukkan dia memakai pakaian seragam tentera Amerika Syarikat pada tahun 1941. Posting tersebut berjaya mencuri perhatian masyarakat Malaysia termasuk beberapa individu daripada negara luar.

Seorang individu dari Amerika Syarikat telah meninggalkan komen dan meminta Wak Doyok untuk mengeluarkan tangannya daripada poket seluar berkenaan. Tambahnya, Wak Doyok perlu mencukur janggutnya kerana ia mengganggu imej USMC.

[fbcomments]