fbpx

“Saya dengan rendah diri merafak Sembah Takzim dan Mohon Ampun kemajlis Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya.

Itu kata-kata Wak Doyok yang memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Menyalah guna lambang peribadi Sultan Johor

Baru-baru ini tersebar gambar Wak Doyok dikatakan telah menempah sebentuk cincin menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor.

Memohon maaf

Walau bagaimanapun, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor telah membuat permohonan maaf di Instagram selepas turut diminta memberi penjelasan oleh Tunku Idris di Instagram.

Isu itu timbul apabila gambar cincin yang siap diukir dengan lambang peribadi Sultan Johor itu dimuat naik di Instagram jenama barangan kemas dan jam tangan terkemuka menyatakan bahawa cincin itu akan dihantar kepada pelanggan mereka iaitu Wak Doyok.

Reaksi balas Tunku Idris

Tunku Idris menyambut baik permohonan maaf Wak Doyok dan mengirimkan komen berbentuk emoji tanda bagus di Instagram Wak Doyok.

Selain itu, Tunku Idris jugat memuat naik tulisan kata-kata hikmah di Instargram beliau;

“Maafkan orang lain seperti mana kamu mahu Allah memaafkan kamu”.

[fbcomments]