Seorang peguam yang juga merupakan salah seorang daripada badan NGO kongsi kisah bagaimana perogol cuba memutar belit fakta selepas merogol mangsa.

Pelaku tersebut dipercayai melanggar mangsa sehingga terpelanting ke longkang sebelum merogol mangsa dengan dahsyat.

Kononnya nak tolong lepas dilanggar

Menurut peguam ini, mangsa dilanggar sebelum diangkat masuk ke dalam kereta dengan niat ingin membawa mangsa ke hospital. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Si pelaku membawa mangsa langgar tersebut ke rumah sebelum merogolnya. Malah kejadian langgar itu adalah disengajakan pelaku dengan niat ingin merogol.

Tangan mangsa di ikat

Muka mangsa ditekan ke tilam

Mangsa cuba melawan

Menurut peguam ini, mangsa terpaksa fikir jalan macam mana untuk lepaskan diri. Mangsa berpura-pura baik dengan pelaku dan bercakap lembut meminta di hantar ke hospital kerana badannya sakit dilanggar. Apabila mangsa berlembut, barulah ikatan tangan mangsa di buka dan Pelaku setuju bawa mangsa ke hospital.

Mangsa beritahu nurse keadaan sebenar

Akibat dari kejadian ini, mangsa telah mengalami pendarahan di kemaluannya, kesakitan pada tengkuk kerana Pelaku yang menekan tengkuk mangsa ketika muka mangsa disembamkam ke tilam dan pergelangan tangan mangsa merah akibat di ikat.

Pelaku putar belit fakta

Si pelaku tidak mengaku bersalah. Menurutnya, dia melanggar mangsa hanya sedikit sahaja dan kemudian mangsa mengajak pelaku untuk minum minum. Si pelaku turut memutarkan belit fakta seolah-olah mangsa dalam keadaan sedar.

Konon suka sama suka

Pelaku turut mendakwa dia dan mangsa suka sama suka melakukan adegan tersebut. Namun pihak mahkamah menolak segala tuduhan pelaku selepas perkara ini disahkan sendiri oleh doktor yang merawat.

Sila buat laporan polis

Peguam ini turut memberi pesan agar wanita di luar sana jika terlibat kes sebegini silalah buat laporan agar perkara ini dapat disahkan oleh pihak ketiga. Segera laporkan ke polis untuk mendapatkan bukti.

Hati-hati para wanita diluar sana! Jika anda dilanggar, segera hubungi ahli keluarga atau kenalan terdekat dan maklumkan kepada mereka. Jangan terlalu mudah percaya kepada orang luar. Mencegah dalah lebih baik.

[fbcomments]