Tinggal beberapa hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadan. Namun siapa duga, tahun ini dunia telah diuji dengan pendemik Covid-19 sehinggakan di sesetengah tempat memaklumkan tiada solat terawih secara berjemaah bagi membendung penularan wabak tersebut.
Hanya petugas pembersihan di depan Kaabah
Perkongsian di laman Facebook Masjidil Haram, telah membuat umat Islam berasa sayu dengan kelihatan hanya petugas-petugas kebersihan dan orang setempat sahaja yang ada di keliling Kaabah.
Kota Mekah dan Madinah yang menjadi tumpuan umat Islam kini lengang tanpa kehadiran ramai orang.
Malah kerajaan Arab Saudi turut memutuskan bahawa tiada solat terawih dan solat sunat Aidilfitri di Masjidil Haram tahun ini bagi mengelakkan wabak Covid-19.