Sememangnya terlalu banyak kes pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak yang adakalanya meruntun perasaan kita apabila membacanya.
Antaranya ialah masalah kekurangan ilmu. Ibu bapa tidak faham ilmu keibubapaan dalam menjaga anak kecil mereka. Ada antaranya hanya tahu anak itu sebahagian daripada hidup. Tetapi tidak benar-benar praktis tanggungjawab menjaga dan melindungi mereka daripada bahaya.
Seperti perkongsian seorang wanita ini dimana seorang kanak-kanak meninggal dunia diatas kelalaian bapanya.
Bapa sibuk bermain game
Di sini saya bukan nak ceritakan masaalah saya cuma nak ceritakan satu kisah teladan akibat kelalaian seorang ayah.
Kisah ni tentang kawan rapat aku. Dah berkahwin dan ada anak 2. Yang sulung dah nak masuk 5 tahun dan yang bongsu setahun lebih.
Dulu sbelum kahwin diaorang ni memang loving couple. Sampaikan aku nak muntah lihat kemesraan diaorang bila dah kahwin. Sebelum ada anak masih lagi kekal loving.
Tapi bila anak dah ada dua, husband kawan aku ni mula berubah dan mula gilakan game ‘tembak online’ yang tak berfaedah tu.
Semua kerja umah dari memasak hingga buang sampah pun kawan aku yang kena buat sedangkan husband dia balik kerja dan waktu cuti asyik mengadap benda alah tu.
Tapi aku respect kawan aku tu min. Tak pernah dia mengeluh aku boleh nampak kepenatan di wajah dia (kami juga berjiran).
Satu hari tu suami dia MC sebab demam tapi walaupun demam masih lagi boleh main benda alah tu.
Pagi hari tu kawan aku ni nak hantar anak yang sulung ke tadika jadi dia pesan pada si husband untuk tengok2 kan anak bongsunya yang masih lagi tidur.
Bila kawan aku ni balik rumah masuk dalam bilik tengok si anak ni takda di tempat tido. Bila di tanya si husband ni jawab ada kat ruang tamu kot cari patung mainan kegemaran si anak.
Tertonggeng dalam baldi
Tapi kawan aku ni bagitahu tak da pulak nampak kat ruang tamu masa dia masuk tadi. Bila di cari rupa2nya si anak ni tadi dah tertonggeng dalam baldi air sabun mop lantai.
Menjerit lah kawan aku tu satu taman boleh dengar sampai aku pun terkejut. Terus aku lari ke rumah dia. Menangis2 dia sambil angkat anak dia dan cuba lakukn CPR.
Aku yang masih terkejut ni tadi terus lari kerumah capai kunci kereta untuk ke hospital.
Si ayah ni tadi tahu apa dia buat cuma jadi orang bodo tercegat je kat tepi pintu bilik sambil pegang fon.
Bila aku start enjin kereta baru terhegeh2 nak pakai baju la seluarlah spender la. Takdanya kami tunggu si ayah terus aku pecut bawa kereta.
Ibu meracau anak meninggal
sampai di hospital doktor sahkn si anak ni tadi dah tiada.Ya Allah pengsan kawan aku min kat bilik kecemasan zon merah tu min. Bila sedar asyik meracau tanya anak nya dah minum susu atau belum.
Sekarang ni kawan aku tu dah pulih berkat doa ibu dan ayah dia. Tak lagi merepek2 meracau tanya anak dia. Dan sekarang dia bercerai dengan jantan bahalol tu.
Buat bby Ariana Nafisa, tenang la adik di sana aunti dan mama adik sayang adik. Tunggu mama adik and kakak di syurga ya.
Buat ibu dan ayah semua, jangan la lalai. Jaga lah permata hati anda sementara mereka masih ada. Al fatihah untuk baby Ariana. Tolong siarkan ye min.
Perkongsian wanita ini telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang rata-ratanya geram dengan kecuaian si bapa.
Walau bagaimanapun, jadikan kisah ini sebagai peringatan serta pengajaran untuk semua yang ada anak kecil. Jangan simpan air dalam baldi dan kunci pintu bilik air sentiasa. Budak-budak memang suka masuk bilik air ni. Dah terlalu banyak kes macam ni. Takziah untuk keluarga mangsa.