Tidak dinafikan dalam keadaan sekarang ni, pasti mereka yang sudah berkeluarga akan betul-betul merancang kehidupan keluarganya untuk jaminan masa depan.


Setiap orang ada pendapatnya tersendiri termasuk juga soal anak. Ini kerana hanya kita dan pasangan sahaja yang kedudukan kewangan keluarga kita dan bagaimana cara untuk membesarkan anak-anak kelak. Walau bagaimana pun, itu semua adalah atas kuasa Yang Maha Esa. Begitu juga dengan kisa seorang ibu muda yang berusia 29 tahun ini.

Meriah rumah dengan kehadiran anak-anak

Siapa sangka umur baru sahaja 29 tahun tapi ibu muda ini sudah mempunyai 7 orang anak! Anak yang besar berusia 12 tahun dan yang paling kecil setakat ini masih dalam pantang! Wahh bestnya.

Menerusi perkongsian Puan Anna ini, dia bersyukur kerana dikurniakan anak yang ramai dalam usia masih muda.


InsyaAllah, aturan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Hanya kita perlu percaya dan yakin dengan ketentuanNya. Pedulikan apa orang kata.

Biasalah, anak kecil memang penat sikitkan. Tapi InsyaAllah senang di hari tua. Yang penting fizikal dan mental kena kuat, jangan pernah mengalah.

Ingin 10 orang anak

Dia juga akui bahawa semakin bahagia dengan kehidupan kini yang sangat meriah serta turut memasang impian untuk memiliki 10 orang anak jika diizinkan Allah

Kata ibu muda cantik itu yang juga telah menimang cahaya mata yang ke tujuh baru-baru ini, setiap anak ada rezekinya.

Alhamdulillah rezeki kawin muda, tak pernah rasa menyesal kahwin muda, kadang ada orang tanya tak rugi ke muda-muda anak dah ramai tak dan enjoy la apa, hihi.

Walau bagaimanapun, perkongsian wanita telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen turut memuji wanita ini masih menjaga penampilan walaupun telah mempunyai 7 orang anak.

[fbcomments]