Seorang lelaki dari Indonesia sanggup menghempas anak tirinya yang baru sahaja berusia 15 bulan di dinding rumahnya kerana tidak tahan dengan tangisan bayi tersebut.
Baru enam hari berkahwin dengan ibu kanak-kanak tersebut, si bapa tiri ini dah tergamak melakukan perbuatan kejam sedemikian.
Dihempas ke dinding sebanyak tiga
Menerusi Tribun News, kejadian terjadi apabila lelaki bernama Roni Andriawan ini sedang tidur dan si anak kecil tersebut pula menangis. Oleh kerana berang dengan situasi tersebut, dia telah bertindak menghempas mangsa di dinding bilik mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak itu meninggal dunia.
Jurucakap polis Serang Baru, Wito berkata semasa kejadian berlaku, isteri suspek, Danis Aprilia tiada di dalam bilik.
Keadaan mangsa sihat sebelum dihempas bapa tirinya kemudian meninggal dunia.
Roni Andriawan mengaku menghempas mangsa sebanyak tiga kali dan dua kali kepalanya terhantuk di dinding.
Mangsa mengalami pendarahan pada tengkorak kepala dan bengkak disebabkan oleh benda tumpul hingga menyebabkan kematian.