Masih ingat lagi dengan jenama Blackberry?


Kegemilangan telefon Blackberry, yang terkenal dengan papan kekunci QWERTY, namun semakin merudum selepas muncul telefon layar sentuh yang dimiliki oleh Apple dan Android.

Nampaknya jenama yang pernah popular menjadi kegilaan remaja suatu ketika dahulu kini tidak lagi mengeluarkan telefon bimbit. Tapi….

Blackberry membangunkan teknologi smartcar

Siapa sangka kini BlackBerry terlibat dalam membangun teknologi kereta pintar atau dikenali sebagai smartcar.


Dipetik dari bussinewire, syarikat berasal dari Kanada telah mengumumkan kerjasamanya bersama dengan Amazon untuk mengembangkan pengkomputeran awan (cloud computing).

Perkhidmatan cloud ini akan bersambung ke kereta atau trak. Ia dinamakan sebagai Blackberry IVY.

Pemberi amaran & maklumat

Kegunaannya adalah untuk menganalisis data sensor secara real-time dan memberikan maklumat yang berguna untuk pemandu.

Sebagai contoh, IVY boleh memberi amaran kepada pemandu sekiranya sistem mengenalpasti keadaan jalan raya yang berbahaya seperti ada ais atau lalu lintas yang sesak di hadapan.

Bagi pemandu kenderaan elektrik, IVY dapat memberikan maklumat mengenai kapasiti bateri yang masih ada dan mengesyorkan rangkaian pengecasan elektrik terdekat. Pemandu juga boleh membuat tempahan untuk slot di pusat pengecasan.

Memberi data corak pemanduan

IVY juga dapat memberikan data mengenai corak pemanduan anak-anak mereka kepada ibu bapa.

Kedua-dua syarikat memberitahu sistem mereka akan dapat diguna pakai kepada mana-mana pembuat kereta.

IVY akan mengumpulkan data pemanduan dan kereta yang bersambung dan pemandu boleh memanfaatkan perkhidmatan data yang disediakan oleh kedua-dua syarikat tersebut.

Perkhidmatan yang akan dibuat oleh dua syarikat tersebut akan dipanggil IVY (Intelligent Vehicle Data). IVY melakukan sinkronisasi  data dengan pengkomputeran awan Amazon Web Service (AWS).

[fbcomments]