Bekas isteri Ally Iskandar yang juga selebriti media sosial, Farah Lee meluahkan rasa berang apabila golongan wanita sering dipersalahkan sekiranya berlaku permasalahan dalam hubungan rumah tangga.
Bahkan, katanya, dia cukup tidak bersetuju apabila ada pihak yang tampil mendakwa seolah-olah permasalahan yang wujud dalam satu-satu perhubungan itu disebabkan oleh kesalahan wanita dalam memilih suami.
Perempuan juga yang salah pilih suami. Perempuan lambat kahwin pun salah perempuan juga sebab memilih sangat katanya. Ibu tunggal takut nak kahwin pun salah sebab pentingkan diri tak fikir anak. Dah lelaki perangai cam haram tak salah pulak eh? – katanya menerusi satu ruangan komen di Facebook.
Komen berbentuk luahan itu kemudian dikongsikan Farah di Instagram Story miliknya.
Tidak semua perempuan pilih lelaki berada dan punyai rupa
Katanya tidak semua perempuan hanya mahu memilih lelaki yang berada dan mempunyai rupa sebagai pasangan hidup.
Bahkan, paras rupa dan kedudukan bukan menjadi ukuran kepada sikap dan keperibadian seseorang.
Nak cakap perempuan pilih yang kacak yang kaya jelah eh? Ramai je lelaki tak kacak, tak kaya tapi perangai jadah.
Lepastu, jenis-jenis yang pandai berlakon ni masa kenal tak ada pula tunjuk baran ke, pukul ke, dah kahwin baru nampak. Jadi, salah perempuan jugalah kalau macam tu?
Memang trend salahkan mangsa bukan pemangsa eh sekarang?
Farah terpanggil untuk meluahkan hal tersebut selepas melihat ada pihak yang cuba meletakkan kesalahan kepada golongan wanita semata-mata dalam satu posting di media sosial.
Jarang komen yang public post tapi hari ini, emosional sikit bila katanya ākesilapan terbesar perempuan adalah salah pilih suamiā sambil tunjuk keratan-keratan suami dajal.
Farah merupakan ibu tunggal yang membesarkan anaknya hasil perkahwinannya bersama Ally Iskandar.