fbpx

Siapa peminat lagu-lagu rock kapak? Haa mesti korang tahu nama kumpulan Fotograf kan? Ia merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an hingga pertengahan 90-an.

Kalau nak tahu, pemain drummer kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Ringgo ni pernah menjadi mangsa keldai dadah di Venezuela pada sekitar tahun 2007 dan telah menerima hukuman penjara selama tiga tahun di Venezuela.\

Selepas menjalani hukuman penjara selama tiga tahun, beliau kemudiannya terpaksa pula menjalani tahanan parol di negara itu selama lima tahun sebelumkini telah dibenarkan pulang ke Malaysia.

Dihidangkan daging kuda dan babi

Ringgo ada kongsikan pengalamannya sepanjang hidup meringkut dalam El-Rodeo II, salah satu penjara terkenal di Venezuela.

Menurut Ringgo, soal makan dan minum antara ujian yang paling memeritkan kerana dia terpaksa memakan daging kuda selain dihidangkan menu daging babi.

Saya hanya makan sardin yang dibekalkan pihak kedutaan tapi bila habis, saya terpaksa ambil langkah darurat.

Daging kuda pun saya makan. Namun kalau menunya daging babi saya akan berpuasa. Sarapan pula hanya daging dan telur.

Bergaduh merupakan aktiviti utama

Ulas Ringgo lagi, aktiviti utama banduan negara berkenaan ialah bergaduh disebabkan tiada hiburan antara mereka namun akan berbaik semula selepas itu.

Bagaimanapu kata Ringgo, istimewanya penjara negara itu adalah waktu lawatan ditetapkan sebanyak tiga kali seminggu iaitu setiap Rabu, Sabtu dan Ahad.

Kami pasang belon, mengecat dan bersihkan sel kerana kami perlu tunjukkan pada pelawat yang datang di mana banduan di sini bukanlah tinggal dalam keadaan tidak terurus dan menyedihkan.

Tambah Ringgo lagi, para isteri juga dibenarkan bertemu suami masing-masing sebulan sekali untuk melakukan hubungan intim.

Dijaga oleh Luzero

Menceritakan kehidupannya, Ringgo berkata dia disana dia telah dijaga oleh banduan yang dikenali dengan gelaran Luzero yang boleh dikatakan berfungsi sebagai pengawal mereka.

Luzero ini menurut Ringgo telah dilantik oleh ketua-ketua mafia yang ada di sana dan bilangan mereka mencecah sehingga 20 orang.

Bukan saja akan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi, tetapi Luzero ini juga akan bergotong royong bersama banduan dan meminta bayaran untuk mencantikkan sel yang dihuni mereka bagi menunjukkan kepada pelawat yang datang tiga kali seminggu itu.

Mendapat gelaran El Chino

Menurut beliau lagi, walaupun terpaksa menempuhi detik penuh kesusahan di sana namun Ringgo menjelaskan dia amat dihormati di sana kerana keupayaan seni yang dimilikinya.

Malah dia turut mempunyai nama gelaran yang tersendiri iaitu El Chino yang bermaksud orang Cina kerana bagi masyarakat di sana orang Asia itu adalah orang Cina.

Terdahulu, Ringgo atau nama sebenarnya Sham Ahmad, 55 ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas, Venezuela selepas pihak berkuasa menemui dadah jenis kokain seberat hampir satu kilogram dalam bagasi dibawanya pada November 2007.

Dalam perkembangan terbaharu, Ringgo kini meneruskan kerjanya sebagai pelukis di Damansara, Selangor.

Kenyataan ini telah didedahkan oleh Ringgo dalam satu temubualnya secara eksklusif bersama akhbar Mingguan Malaysia.

Sumber: Mingguan Malaysia

[fbcomments]