Ditolak Isteri Saat Minta Hubungan Seks Ketika Berpantang, Suami Tergamak Bunuh Anak Usia 40 Hari
Tergamaknya seorang ayah membunuh anak sendiri yang berusia 41 hari hanya kerana si isteri menolak ajakannya untuk bersama kerana masih dalam keadaan nifas.
Bengang kerana permintaanya ditolak, lelaki terbabit nekad melampiaskan kemarahannya dengan memukul isteri dan anaknya yang masih kecil itu.
Cekik anak sebanyak 2 kali
Sebelum kejadian diajak bersama dan dipukul oleh suami, si suami telah mencekik bayi tersebut sebanyak 2 kali hanya kerana isteri menegurnya mencium anak selepas merokok.
Selepas si isteri sedar suaminya mencekik anak sehingga menangis, si isteri terus mengambil anaknya dan terus menyusukan anaknya itu.
Semasa sedang menyusukan anak itulah si suami mengajak isteri untuk ‘bersama’ namun ditolak oleh isteri.
Peristiwa memilukan ini terjadi di Talang Neki, Kampung Karang Umpu, Kecamatan Blambangan Umpu, Way Kanan Indonesia.