fbpx

Cubaan seorang wanita meleraikan pergaduhan sepasang suami isteri berakhir dengan tragedi selepas dia mati dibunuh adik iparnya. Kejadian berlaku di Pangsapuri Court 4, USJ 7 Subang Jaya.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, dia terdengar bunyi pergaduhan dari kediaman di tingkat empat itu pada pukul 7 malam sebelum melihat kehadiran pihak polis pada pukul 8 malam.

Saya tak pernah dengar apa-apa pergaduhan antara mereka sebelum ini dan memang terkejut bila diberitahu seorang wanita mati dibunuh.

Tidak menyediakan makanan yang cukup

Menurut Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Shukor yang dipetik dari Kosmo, hasil siasatan mendapati lelaki warga Myanmar berusia 42 tahun itu tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang tidak menyediakan makanan mencukupi.

Berang dengan tindakan tersebut suspek yang berada dalam keadaan mabuk terus mengamuk, menarik rambut dan menumbuk kepala isterinya.

Susulan itu, mangsa yang juga kakak kepada isteri suspek cuba meleraikan pergaduhan tersebut, namun suspek bertindak menikam bahagian belakang badan mangsa.

[fbcomments]