Sejak semalam kenyataan selebriti media sosial, Andika Putera berkenaan isu curang semakin hangat diperkatan dan mendapat kecaman dari para netizen diluar.


Rata-rata daripada mereka tidak bersetuju dengan ulasan ‘pakar motivasi’ tersebut kerana mempergunakan agama dalam melakukan kemungkaran.

Pencerahan daripada yang lebih arif

Jadi, pengguna media sosial telah meminta pendapat daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri melalui Twitter.

Mohon tindakan segera

Tidak lama selepas itu, pihak admin Menteri Agama telah memberi respon dan meminta Pejabat Mufti meneliti perkara ini secepatnya.


Susulan daripada itu, pengguna Twitter dikenali sebagai Hani Ismail telah memohon Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk menyiasat kenyataan video tersebut setelah tular di laman sosial.

Kenyataan yang dibuat Andika Putera mengenai curang adalah atas izin Allah amatlah disesali oleh netizen. Mereka tidak bersetuju sama sekali dengan kata-kata ‘positif’ yang dilakukan ‘pakar motivasi’ muda itu dalam mengulas isu artis berlaku curang.

Setelah dikecam hebat, Andika sekali lagi memuat naik video menjelaskan salah faham tersebut dengan penerangan-penerangan yang membuatkan netizen bertambah geram.

[fbcomments]