fbpx

Bertindak memuat naik foto dirinya berdiri menayang bahagian punggung di laman Instagramnya tempoh hari, pelakon Sharifah Sakinah mendapat kritikan hebat daripada pengguna media sosial yang mendakwa beliau seakan sengaja mahu menunjukkan bahagian badannya kepada khalayak ramai.

Belum reda lagi dengan gambar tersebut, Sakinah sekali lagi berkongsikan fotonya memakai dress seksi menampakkan bahagian dadanya.

Lepas tayang punggung, tayang dada pula

Nampaknya tindakan Sharifah Sakinah yang memuat naik gambar tersebut telah mengundang rasa kurang selesa peminat. Seperti umum tahu, Sakinah antara selebriti yang sangat berani dan terbuka dalam berfesyen.

Gambar beliau menjadi bualan netizen memandangkan dia memiliki suami, anak dan juga keluarga mertua.

Biarpun dihujani pelbagai komen yang tidak senang dengan posting tersebut, namun ada juga netizen yang mengambil pendekatan untuk menasihatinya. Apa pun semoga Sharifah Sakinah tabah menghadapi kecaman netizen.

Malah, beberapa jam kemudian Sakinah sekali lagi memuat naik gambar yang sama tetapi dengan pose berbeza. Pada gambar tersebut, dia menutup bahagian dada menggunakan tangan sebagai tanda menjawab teguran ramai.

[fbcomments]