Turunnya salji di negara Arab yang menjadikan fenomena yang begitu ramai pengguna internet tertanya-tanya. Tanah Arab yang sememangnya terkenal dengan cuaca yang panas sepanjang tahun, tiba-tiba berubah menjadi sejuk dengan turunnya salji membasahi bumi tanah Arab.
Dengan turunnya salji di tanah Arab ramai yang membuat andaian bumi sudah ke penghujung usia.
Kiamat hampir berlaku?
Menurut perkongsian dari Abu Faiz Budi, Imam Masjid Haram Syaikh Al-Sudais mengatakan, salju merupakan komponen utama dalam pembentukan sungai dan tanaman. Turunnya salju di Jazirah Arab membuktikan kebenaran dari hadits Rasulullah SAW :
“Tidak akan tiba hari kiamat hingga tanah Arab kembali hijau penuh dengan tumbuhan dan sungai-sungai”.
Nampak jelas dari hadis bahawa negeri-negeri Arab akan dilimpahi dengan air yang banyak, sehingga menjadi beberapa sungai, tumbuh di atasnya berbagai macam tumbuhan sehingga menjadi padang rumput, kebun dan hutan-hutan.
Wallahu a’lam
Salji di Padang Pasir Arab Saudi
Bagaimanapun, salji bukanlah perkara pelik yang berlaku di Arab Saudi kerana kejadian sama pernah dilaporkan berlaku pada April 2019.
Ahli Meteorologi Kanan AccuWeather, Eric Leister berkata, salji berkenaan terhasil akibat ribut yang beredar dari selatan Eropah.
Ribut yang kuat berlaku di selatan Eropah dan Mediterranean serta menuju ke Timur Tengah minggu lalu, menolak udara sejuk ke benua berkenaan yang menghasilkan salji.
Ribut yang sama juga menyebabkan berlakunya banjir besar dan runtuhan salji di Iran, Pakistan dan Afghanistan. – Dipetik dari Harian Metro.
Sesungguhnya kita digesa mengingati Allah agar tak leka dengan arus duniawi yang fana ini. Kiamat boleh terjadi bila-bila masa sahaja tanpa kita ketahui.