“Pakaian Ikut Sunnah, Lidah Ikut Syaitan”- Faezah Elai Di Serang Netizen
Pelakon Faezah Elai memohon maaf sekiranya terdapat pihak yang terguris hati dengan sebarang pertuturannya yang disifatkan sebagai kasar di media sosial.
Menurut Faezah, dia mengakui kemungkinan terdapat individu menyifatkan loghat Utara sering digunakan kedengaran sedikit kasar bagi orang luar.
“Saya orang Penang, asal dari Penang. Jadi, memang cakap Utara. Tapi kalau bahasa Utara itu bunyinya kasar sampaikan anda dakwa macam ‘syaitan’, maka, saya memohon maaf sekiranya saya mengguris hati sesiapa.
“Anda boleh berhenti daripada mengikuti saya, tiada masalah,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Faezah menjelaskan hal tersebut selepas terdapat pihak yang mempertikaikan pemakaiannya yang berhijab seolah-olah tidak selari dengan pertuturan bahasanya yang kasar.