Sebelum ini, tindakan Sajat memakai telekung ketika mengerjakan ibadat umrah dan berkongsi paparan menerusi media sosial menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Usahawan yang sudah pulang ke tanah air itu bagaimanapun membuat permohonan maaf di laman sosial berhubung tindakan terbabit.
Pada masa sama, Mujahid menganggap tindakan meminta maaf dibuat dalam cara itu seolah-olah tidak kena kerana bukan semua perkara harus dilaksanakan sedemikian. Adalah penting bagi Sajat betul-betul insaf, sekali gus tidak mengulangi perbuatan itu dan bukan sekadar mahu melepaskan diri.
“Jangan sebab nak selamatkan diri, sebaliknya perlu dilakukan dengan keinsafan. Ada orang minta maaf tetapi tidak insaf, kalau dia minta maaf dengan keinsafan mesti tak akan diulangi kesilapan itu.”
Beliau berkata, tindakan dan penyelesaian yang akan diambil adalah berlandaskan Sajat sebagai individu dan tidak menyebabkan golongan sama seperti usahawan itu terjejas atau berasa terancam.