Pelakon, Isa Khan dan Nur Risteena telah sah bergelar suami isteri pada 12 Mac yang lalu dan baru-baru ini dia didakwa memilih Sabah sebagai destinasi untuk berbulan madu. Seriuslah bermulan madu time tak boleh rentas negeri ni??


Perkara ini timbul apabila Isa Khan telah membuat Instagram Story dengan kongsikan beberapa foto ‘sweet’ mereka berdua ketika berada di Semporna, Sabah.

Pasangan tersebut juga dilihat menaiki bot dan menikmati makan malam yang romantik ketika berada di negeri tersebut. Menerusi posting Isa juga, mereka berdua dipercayai berada di Semporna pada 21 Mac.

Tapi tak dinafikan ramai juga yang persoalan bagaimana mereka boleh merentas negeri?


Pergi honeymoon Sabah bagi alasan apa tu?

Macam mana Risteena boleh pergi Sabah.

Bersangka baik mungkin ada urusan kerja sekali dengan honeymoon.

Ada urusan kerja

Terbaru, Risteena memuat naik satu posting di Instagram dan menjawab segala persoalan yang telah timbul. Menurut Risteena, dia dan suami mempunyai urusan kerja di Sabah dan mereka telah mendapatkan surat merentas negeri.

[fbcomments]