fbpx

Bekas teman lelaki pelakon Alya Iman yang dikenali sebagai Mahathir Mohd akui telah menyesali kesilapan yang telah dilakukan. Menerusi Instagramnya Mahathir memohon maaf terhadap isteri, Penny Salman, keluarga dan juga anak-anak.

Saya amat menyesal atas apa yang terjadi. Kita semua manusia yang tidak lari dari buat kesilapan jadi saya memohon maaf kepada isteri saya, keluarga dan juga anak-anak.

Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga saya. Terima kasih juga yang mendoakan baik-baik kepada saya.

Bukan semua komen diterima itu negatif, banyak juga yang positif. Syukur alhamdulillah. Saya sekali lagi berterima kasih kepada yang prihatin dengan saya.

BACA : “Alya Pernah Ke Kelab Malam Buka Tudung Dan Pandai Meraih Simpati” – Dakwaan Isteri Bekas Teman Lelaki Alya Iman

Akan ambil tindakan undang2

Sementara itu, Mahathir turut berpesan kepada netizen yang meninggalkan komen melampau supaya tidak melebihi batas. Malah dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Satu nasihat saya kepada netizen-netizen yang meninggalkan komen terlalu keras, saya mendoakan kesejahteraan anda semua. Tetapi jika anda melampaui batas, saya tidak teragak-agak untuk membuat sesuatu.

Sekarang, saya dan juga pihak guaman sedang review komen yang sangat keras di ruangan Instagram (IG) saya dan isteri.

Tidak bertunang

Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang dan kononnya telah memutuskan pertunangan selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan sulit suaminya dengan Alya.

Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.

Akhirnya satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.

Mohon maaf

Sejurus selepas itu, Alya membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan yang telah dilakukan kerana telah menyakiti ramai pihak.

Menurut Alya, setiap teguran dan nasihat yang dilemparkan akan menjadikan dirinya lebih matang.

Dulu saya muda dan naif, saya minta maaf kepada semua yang saya pernah sakiti.

BACA: Didakwa Jadi Perampas Suami Orang, Ini Penjelasan Alya Iman Yang Telah Bertunang Dengan…

Samanlah isteri anda!

Walau bagaimanapun, ada juga mendakwa supaya saman sekali isterinya kerana isterinya yang buka aibnya di media sosial.

[fbcomments]