Kecoh mengenai seorang individu yang disyaki terbabit dalam penggubalan wang haram dan Macau Scam telah berjaya melarikan diri dari SPRM kira-kira dua minggu lalu.

Individu yang dikenali sebagai Alvin Goh itu bagaimanapun telah berjaya ditahan polis di sebuah apartmen di Pahang.

BACA : Sepandai-Pandai Datuk Seri Lompat Pagar SPRM, Akhirnya Dicekup Juga

Nafi terlibat ‘Macau Scam’

Memetik laporan Kosmo! Online, tular satu video di media sosial yang dipercayai dimuat naik rakannya selepas lapan jam Alvin ditangkap.

Alvin Goh membuat video pengakuan tidak terlibat dengan sindiket Macau Scam sebelum menyerah diri kepada polis.

Media hari ini( 27 Okt) melaporkan polis telah memberkas Alvin Goh di sebuah pusat peranginan selepas 15 hari menjadi buruan.

Alvin meloloskan diri dari tahanan polis di Bangunan SPRM Putrajaya selepas dilepas jamin.

Posted by Tular Hub on Tuesday, October 27, 2020

Menerusi rakaman tersebut, lelaki berusia 32 tahun itu membuat pengakuan menafikan dirinya terbabit dalam Macau Scam dan ia mengakui mempunyai syarikat telekomunikasi dan peralatan teknologi di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, namun tidak pernah membekalkan kepada sindiket Macau Scam atau perjudian atas talian.

Tidak mempunyai gelaran Datuk Seri

Dalam masa yang sama, Alvin turut memberitahu yang dia sebenarnya tidak pernah mempunyai gelaran ‘Datuk Seri’ pun seperti yang dinyatakan di media-media tempatan.

Dia turut mendakwa hanya kira-kira RM1 juta wang milik syarikat dibekukan SPRM bagi membantu siasatan.

Selain itu, Alvin mendakwa sepanjang tempoh reman di bawah SPRM, dia memberi kerjasama yang baik ketika siasatan berlangsung.

Bagaimanapun, ketika hari bebas reman (11 Oktober), saya mendapat tahu mereka yang turut ditahan sebelum ini akan ditangkap polis di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Itu perkara yang amat serius, jadi saya bertindak ‘keluar’ dari bangunan SPRM melalui pintu belakang.

Saya hanya orang biasa

Alvin turut mendakwa, dia hanya menyedari dirinya diburu pihak berkuasa apabila gambar dan alamatnya didedahkan pada umum.

Ujarnya, perkara itu menyebabkan perniagaannya terganggu serta ramai pekerja berhenti susulan kes berkenaan.

Saya hanya orang biasa yang tinggal di kondominium dibeli oleh ayah saya, mula melakukan pelbagai kerja termasuk pelayan hotel di Bukit Bintang.

Oleh sebab itu, saya membuat keputusan untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa kerana percaya ada undang-undang yang akan membuktikan segala ‘tuduhan’ dilemparkan.

[fbcomments]